Blogger news

PAUTAN KHAS

Blogroll

Thursday 26 April 2012

Saturday 21 April 2012

Kejohanan Merentas Desa SKTSW

Pada hari ini, 21 April 2012 berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa
Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang


HARI           :  SABTU
TARIKH      :  21 APRIL 2012
MASA         :  7.40 PG. - 12.45TGH
TEMPAT      :  SK TAMAN SERI WANG
SASARAN  :  SEMUA MURID TAHIN 1-6

MATLAMAT:

Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid serta memberi peluang kepada mereka menunjukkan potensi dalam bidang sukan.


OBJEKTIF :
Melalui Kejohanan Merentas Desa ini diharapkan murid dapat:-
~peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan terutamanya dalam acara larian jarak jauh
~memperkembangkan potensi individu dan rasa tanggungjawab terhadap diri.
~meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan.
~menggalakkan murid bersaing secara sihat demi mencapai kemenangan.
~memupuk semangat kesukanan dikalangan setiap individu yang menyertai larian ini bahawa pentingnyabersukan bagi menjaga kesihatan diri secara luaran dan dalaman.
~mengenalpasti bakat baru untuk dipilih mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah 

TENTATIF PROGRAM :

7.40 pagi  :  Berhimpun di tapak perhimpunan
                :  Bacaan doa
                :  Taklimat ringkas   
                :  Senamrobik/Memanaskan badaN
                :  Pergerakkan murid  ke tempat permulaan (gelanggang sepak  serbaguna)

8.45 pagi :  Pelepasan peserta merentas desa.

       1. Murid tahun 1 lelaki
       2. Murid tahun 1 perempuan

       3. Murid tahun 2 & 3 lelaki
       4. Murid tahun 2 & 3 perempuan

       5. Murid tahun 4, 5 & 6 lelaki
       6. Murid tahun 4, 5 & 6 perempuan  

10.30 pagi : Rehat murid tahap satu

11.00 pagi : Rehat murid tahap dua

11.15 pagi : Permainan Guru dan Murid
                   Bola Sepak(L) & Bola Baling(P)

11.45 pagi : Semua murid bergerak ke dewan
                   terbuka.   

12.00 tgh   : Majlis penyampaian hadiah
12.45  tgh  :  Majlis bersurai.




Lencana Sekolah



Asas Logo berbentuk bujur seakan perisai melambangkan kekuatan semangat memartabatkan ilmu. Lapan anak panah menghala ke tengah membentuk sebutir pecah lapan membawa pengertian wawasan kecemerlangan yang dituju berteraskan 8 misi sekolah. Buku yang berada di tengah-tengah melambangkan keunggulan pelajar meneroka ilmu. Warna merah membawa maksud semangat juang dan ketahanan menghadapi cabaran. Kuning melambangkan kesungguhan penerapan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni sebagai asas kesejahteraan hidup. Biru menunjukkan semangat perpaduan yang diamalkan warga sekolah.

Friday 20 April 2012

Visi dan Misi Sekolah



SLOGAN

KECEMERLANGAN WAWASAN BERSAMA

 
VISI

Berilmu, Beriman, Bertaqwa

 
MISI

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang akan berusaha untuk:
Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan
Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum
Melahirkan pelajar yang hebat dalam kokurikulum
Menghasilkan pelajar yang berkaliber, berbakat dan berketrampilan
Menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang mulia
Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria
Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti
Membudayakan kecemerlangan dalam semua aspek

Alamat dan Lokasi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Tel : 04-4223150 Fax : 04-4221810

Peta Lokasi



View Larger Map

Wednesday 11 April 2012